in

Selalu Dikecam, Haqiem Rusli Akan Muncul Dalam Bintang Minggu Ini Bersama Vivo

Sikap netizen yang gemar mencari keburukan orang lain membuatkan penyanyi Haqiem Rusli melahirkan rasa kecewanya.

Haqiem bersyukur disebalik kecaman yang diterima dari netizen itu, masih ada lagi orang menghargai bakat yang ingin ditonjolkan olehnya dalam bidang muzik menerusi entri di Instagram miliknya.

Dalam entrinya itu Haqiem menulis “Thank you kerana menghargai karya music. Bagi yang haters yang kecam tu, korang kecam macam mana pun mereka tetap support kami BBNU.

“Nak buat camno? HAHAHAHAHAHA OOPSSSS! Korang tak boleh buat apa-apa. Support je lah ok. Kita positive dan bersihkan hati,” katanya lagi.

Jika kita lihat, Haqiem sering mendapat kritikan daripada netizen dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkaya menghasilkan muzik yang lebih berkualiti.

Berkaitan perkembangan terbaru Haqiem Rusli, beliau akan muncul dalam program Bintang Minggu Ini bersama Suffian Suhaimi atas satu pentas.

Untuk info, Bintang Minggu Ini adalah sebuah program santai terbaru yang dihoskan oleh pelawak dan pengacara wanita popular iaitu Jihan Musa.

Bintang Minggu Ini dibawakan eksklusif oleh jenama telefon pintar terkemuka Vivo bagi menghangatkan lagi industri seni negara. Rancangan ini bersiaran setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November yang lalu.

Sebelum ini juga Vivo pernah menjadi penaja dalam beberapa program realiti terbitan Astro seperti Big Stage, Akademi Fantasia dan Akademi Fantasi Megastar.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Vivo satu jenama yang mementingkan fesyen, Teknologi dan Antarabangsa. Beliau juga berpendapat pihaknya mengikut arus ini sebagai menyuntik semangat kepada jenama Vivo itu sendiri.

“Dengan menyertai dan menaja program seperti Bintang Minggu Ini, Vivo dapat menyampaikan semangatnya kepada penonton dan pengguna untuk menyuarakan kualiti fesyen dan teknologi pada jenama kita yang bertahap antarabangsa ini,” katanya.

Bintang Minggu Ini akan bersiaran sebanyak lapan episod dan penonton bakal disajikan dengan persembahan menarik serta mengetahui kisah-kisah menarik penyanyi pujaan mereka menerusi temubual bersama Jihan Muse.

Selain Haqiem Rusli dan Suffian Suhaimi, penonton turut dihiburkan dengan barisan artis seperti Siti Sarah, Mark Adam, Tajul, Wany Hasrita, Syamel dan Ernie Zakri. Bagi memeriahkan suasana, penonton juga turut dihidangkan dengan kehebatan vocal Bintang Big Stage seperti Khai Bahar, Ara Johari, Siti Nordiana dan Misha Omar.

Terkini Vivo membawakan Vivo V11i pada harga RM1099 dengan cip pemproses MediaTek Helio P60. Untuk memori pula dilengkapi dengan 4GB RAM manakala storan sebesar 128GB.

Di bahagian skrin ia dimuatkan skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbetuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama pula Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang mantap.

Manakala kamera hadapan peranti pula adalah yang terbaik untuk pengambilan swafoto yang jelas di mana ia hadir dengan 25-megapixel. Bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.

vivo x Bintang Minggu InI | Haqiem Rusli

Are you ready for the superb performance of Haqiem Rusli on Bintang Minggu Ini ? Watch it on Astro RIA and RIA HD this Sunday 9 PM only brought to you by vivo Malaysia.#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #V11i #AICamera #PerfectShot #BintingMingguIni #vivoxAstro #AstroRIA

Posted by Vivo on Tuesday, December 4, 2018

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Gambar Sentiasa Cantik Walaupun Waktu Malam Dengan Vivo V11

Harga Runtuh Peranti Vivo Sempena Krismas Bermula RM499