in

Cara Mudah Ambil Gambar Langit Dan Bintang Yang Cantik Pada Waktu Malam Dengan Vivo V15 Pro

Dengan ketangkasan teknologi telefon pintar pada masa kini terutama pada bahagian kamera, sudah pasti ramai yang pening untuk memilih telefon pintar yang terbaik untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Jika keupayaan kamera menjadi keutaman dalam memilih telefon pintar, kini korang tak perlu pening lagi kerana kewujudan Vivo V15 Pro mampu memenuhi semua ciri-ciri yang diperlukan pada sebuah kamera seperti menggunakan kamera profesional sehingga mampu mengambil gambar langit dan bintang yang cantik pada waktu malam.

Cara untuk mendapatkan gambar langit dan bintang yang cantik pada waktu malam adalah dengan menggunakan ‘Pro Mode’. Di dalam ‘Pro Mode’ ini, korang kena ubah sedikit ‘Setting’ sehingga mendapat kualiti gambar yang diinginkan. Untuk lebih faham korang boleh tonton video di bawah.

[Travel Photography 4.0 with #vivo #V15Pro]

Look how shiny the stars are. Would you like to know how to capture the starry sky by just using a smartphone? Click this video and explore the goodness island moments with a group of photography lovers and Vivographer Gradient LokVivo smartphone photography, excites your life. #WorldFirstElevatingCamera #32MP #AIProfessionalMode #AITripleCamera #AISuperNightMode #AISuperWideAngle #AIBodyShape #WeGotTheNight #TravelPhotography #LevelUP

Posted by Vivo on Tuesday, June 18, 2019

Terdapat dua jenis Vivo V15 iaitu V15 dan V15 Pro. Secara keseluruhannya Vivo V15 dan V15 Pro mempunyai ciri-ciri yang sama. Cuma ia berbeza pada beberapa spesifikasinya seperti kamera utamanya di mana Vivo V15 menggunakan lensa 24-Megapixel manakala Vivo V15 Pro menggunakan 48-Megapixel. Kedua-dua model ini menggunakan Kamera Triple AI dengan tambahan dua lagi kamera 8MP untuk Ultrawide dan 5MP untuk depth sensor.

Di bahagian memori Vivo V15 Pro menawarkan dua pilihan iaitu 6GB dan 8GB RAM. Bahagian storan pula Vivo V15 dan V15 Pro masing-masing mempunyai kapasiti 128GB ROM.

Jika dilihat pada bahagian bateri, masing2 menggunakan kapasiti yang berbeza iaitu 4,000mAh untuk Vivo V15 dan 3,700mAh untuk Vivo V15 Pro dilengkapi dengan kebolehan pengecasan pantas Dual-Engine.

Apa yang paling menarik pada kedua-dua telefon ini sudah semestinya pada kamera hadapan atau selfie nya di mana ia mampu menghasilkan gambar selfie yang berkualiti tinggi kerana menggunakan sehingga 32-Megapixel dan kamera periskop yang sangat unik. Selain itu Vivo V15 Pro mampu menghasilkan gambar yang sangat terang walaupun dalam keadaan gelap.

Tidak perlu berbelanja mahal sehingga RM2,000 ke atas untuk mendapatkan telefon pintar yang canggih kerana dengan Vivo V15 Pro korang boleh dapat harga yang lebih murah tetapi premium.

Vivo V15 : RM1,299
Vivo V15 Blossom Pink (Edisi Terhad) : RM1,299
Vivo V15 Pro 6GB RAM + 128GB ROM : RM1,699
Vivo V15 Pro 8GB RAM + 128GB ROM : RM1,899

Dengan telefon pintar yang canggih ini, kameranya yang mampu menghasilkan gambar yang gempak giler serta harga yang sangat berpatutan, jadi korang tunggu apa lagi? Tidak perlu pening-pening terus dapatkan sekarang di Vivo Store atau layari laman rasmi Facebook Vivo untuk info lanjut.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Vivo Malaysia Nak Bagi Hadiah Percutian 6 Hari 5 Malam Kepada Pelanggan Bertuah Sempena Aidilfitri

Vivo Melancarkan Pelbagai Peranti Dengan Teknologi 5G Di Mobile World Congress Shanghai 2019