in

Vivo V15 Kini Hadir Dengan Warna Kegilaan Wanita ‘Blossom Pink’, Edisi Terhad

Beberapa hari lalu Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar Vivo V15 Edisi Blossom Pink yang sangat menggoda terutama bagi golongan wanita.

Vivo V15 Blossom Pink telah dirasmikan oleh Mike Xu selaku CEO Vivo Malaysia bersama duta Vivo Malaysia Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Telefon pintar ini telah berada di pasaran bermula 18 Mei 2019 dan sangat terhad kerana ianya adalah edisi terhad. Jadi jika korang meminati ViVo V15 edisi ‘Blossom Pink’, cepat-cepatlah sambar takut-takut nanti melepas pulak.

Bagi edisi Blossom Pink ini, Vivo telah menetapkan harga cuma RM1,299 sahaja. Yang paling best, 1000 pembeli terawal akan mendapat baucer SimplySiti. Dengan baucer ini korang bolehlah membeli sebarang produk SimplySiti Koleksi Merah yang terbaru.

Untuk spesifikasi, Vivo V15 Blossom Pink adalah sama seperti yang ada pada V15 iaitu dilengkapi Kamera hadapan 32MP merupakan yang pertama di dunia sekaligus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penggemar selfie. ‘Ultra Fullview Display’ turut dibina bagi mendapatkan pandangan dan perspektif yang lebih luas.

Manakala kamera hadapan di lengkapi kamera AI Triple dengan 24 juta unit photosensitif. Untuk kamera hadapan ini ada dua lagi kamera iaitu Kamera 8MP Super Wide Angle dan Kamera Kedalaman 5MP membuatkan setiap gambar yang dihasilkan sangat mengagumkan.

Bahagian storan pula V15 Blossom Pink terbina dengan penyimpan 128GB dan RAM 6GB sangat sesuai untuk membuka apa-apa aplikasi termasuk games dengan sangat pantas dan lancar. Yang menariknya bateri untuk Vivo V15 ini sangat besar iaitu 4000mAh dan boleh di cas dengan pantas. Jadi kepada mereka yang kerap menggunakan telefon dalam kehidupan seharian mereka, telefon ini memang sangat sesuai digunakan kerana bateri yang tahan lama.

Vivo Malaysia juga menarik semua penggemar selfie untuk menyertai pertandingan ‘V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie’ yang menawarkan hadiah sehingga Rm100,000 dalam bentuk tunai dan hadiah. Korang boleh tengok dekat Facebook Vivo untuk maklumat lanjut. http://www.facebook.com/VivoMalaysia

Satu lagi pertandingan anjuran Vivo Malaysia ialah Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2019 (PMNC 2019) menawarkan hadiah sehingga Rm114,000 untuk dimenangi. Pendaftaran telah dibuka dan pusingan kelayakan Kuala Lumpur akan di adakan pada 1 Jun 2019 ini di Sunway Velocity Mall. Sesiapa yang berminat dan mengetahui maklumat lanjut boleh ke http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC2019

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0
vivo v15

Pertandingan Selfie Boleh Menang Sehingga RM100,000 Anjuran Vivo

Raya Korang Lebih Meriah Bersama Keluarga dan Vivo V15 & V15pro