in ,

Vivo NEX 3 Dilancarkan, Skrin Nirbingkai Penuh Dan Dwi-Lengkung Ala-ala Waterfall Sangat Menakjubkan

Bermula dengan sebuah konsep kini siri Vivo NEX sudah masuk siri yang ke 3 iaitu Vivo NEX 3. Kini Vivo boleh berbangga dengan pelancaran peranti terbarunya Vivo NEX 3 yang boleh dikatakan terbaik di dunia pada ketika ini. Ia merupakan sebuah peranti yang hadir dengan sebuah inovasi yang sebenar.

Vivo Nex 3 menampilkan skrin melengkung di tepi seperti air terjun. Lengkungnya sangat unik, tidak seperti peranti-peranti yang lain. Jika kita lihat dari sudut tepi, kita masih nampak paparan pada skrin.

Selain Vivo Nex 3, Vivo Nex 3 5G juga turut dilancarkan. Secara ringkasnya kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama, cuma berbeza pada rangkaian 5G.

Untuk paparan skrin keduanya bersaiz 6.89 inci dengan resolusi skrin 2256 x 1080 piksel dan menawarkan skrin pOLED Waterfall FullView 6.89-inci FHD+, HDR10, kecerahan sehingga 800 nits, rekaan nirbingkai penuh, dwi-lengkung dan nisbah skrin-ke-badan adalah 99.6% . Peranti ini direka tanpa bezel dan sangat nipis.

Seterusnya Vivo Nex 3 dan Nex 3 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada paparan untuk meningkatkan keselamatan pada peranti. Seperti kita semua sedia maklum, Vivo adalah antara peneraju terawal yang menggunakan sistem pengimbas cap jari pada paparan telefon pintar ini. Selain itu sistem sekuriti menggunakan imbasan wajah juga ada disediakan.

Di bahagian kamera pula, Vivo mengambil inspirasi dari rekabentuk jam tangan mekanikal iaitu berbetuk bulat untuk kamera utama. Ia mempunyai tiga kamera utama iaitu gabungan 64MP + 13MP sudut ultra-lebar + 13MP teleskopik . Manakala kamera hadapan atau selfie, ia di datangkan dengan 16MP. Apa yang menariknya, kamera hadapan ini akan ‘pop-up’ secara automatik sekiranya anda menukarkan mode ke kamera hadapan. Ini juga merupakan teknologi yang terawal dibawakan oleh Vivo.

Selain dari rekabentuk yang canggih, Vivo NEX 3 ini mempunyai pemprosesan yang sangat pantas di mana ia dikuasakan oleh Snapdragon 855+. Cuma pada Nex 3 5G ada tambahan cip Snapdragon X50 bagi tujuan sambungan rangkaian 5G ke peranti. Untuk memori ia hadir dengan RAM yang besar iaitu sehingga 12GB dan pilihan storan sehingga 512GB.

Dengan semua spesfikasi ini, tidak ada masalah untuk peranti ini menjalankan sebarang aplikasi yang mempunyai grafik yang tinggi dengan sangat lancar.

Vivo NEX 3 dilengkapi dengan interface Funtouch OS yang berasaskan Android 9 Pie. Bateri NEX 3 adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Vivo Super FlashCharge 44W melalui USB-C. Pembesar suara adalah mono dengan teknologi HiFi. Ia menggunakan cip AK4377A.

Selain itu juga, Vivo NEX 3 hadir tanpa butang Volume dan Power. Ia digantikan dengan Grippy Plastic yang hanya perlu disentuh pada sisi peranti berkenaan. Lebih menarik, vivo masih mengekalkan lubang audio kegemaran ramai, bicu audio 3.5mm. Untuk info lanjut boleh layari Facebook Vivo Malaysia.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Vivo NEX 3 Dan Vivo NEX 3 5G Berkonsepkan Waterfall Bakal Dilancarkan

vivo uefa euro 2020 tm tiktok

Serlahkan Bakat Anda Menimbang Bola Dalam Cabaran TikTok #vivoSuperTime Sempena UEFA EURO 2020™