in ,

Tawaran Hebat Dari Vivo, Boleh Menang Kereta Proton Dan ‘Cash Back’ Sehingga 100% Sempena Vivo Christmas Carnival

Sekali lagi Vivo muncul dengan jualan akhir tahun sempena Hari Natal yang bakal tiba 25 Disember ini. Vivo Christmas Carnival ini berlangsung bermula 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019. Jenama telefon pintar terkemuka dunia itu membuktikan bahawa mereka sentiasa menghargai pelanggan dengan pelbagai tawaran hebat serta diskaun yang melampau-lampau.

Vivo menawarkan hadiah terkumpul berjumlah sehingga RM 1 Juta kepada pelanggan setia Vivo Malaysia sempena Vivo Christmas Carnival ini. Untuk melayakkan anda memenangi hadiah ini cukup mudah iaitu dengan berbelanja RM500 dalam satu resit pembelian di mana-mana Vivo Official Store kemudian perlu mendaftar pembelian tersebut untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Saga dan pulangan wang tunai sehingga 100%.

Apa yang menarik pada bulan Disember ini Vivo membuat tawaran yang hebat di mana anda boleh dapatkan Vivo V11i dengan harga RM1099 sahaja di mana-mana Vivo Store atau pasaran dalam talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Vivo Official e-store. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi harga telefon Vivo yang sangat berbaloi untuk anda dapatkan termasuklah NEX, V11 dan Y91i.

Kami ingin menyentuh sedikit artikel sebelum ini berkenaan Vivo NEX yang menjadi telefon pintar pertama di dunia yang mengaplikasikan kamera hadapan tersembunyi seperti kepala kura-kura untuk mendapatkan sebuah telefon pintar dengan skrin paparan Ultra FullView sehingga 6.59 inci. Vivo NEX juga hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin untuk memudahkan anda menyah-kuncikan telefon pintar anda.

Bagi mereka yang gemar mencari telefon pintar kelas pertengahan pula, Vivo ada menyediakan telefon yang sesuai untuk anda iaitu Vivo V11i. Ia hadir dengan dual kamera utama 16MP + 5MP yang dikawal oleh algoritma AI berkuasa tinggi yang mampu menghasilkan gambar dalam mode bokeh yang cukup artistik. Vivo V11i juga dimuatkan dengan memori 4GB RAM dan storan 128GB ROM untuk memastikan telefon anda beroperasi dengan lebih mantap.

Untuk mereka yang mencari telefon pintar bajet tetapi mempunyai paparan skrin yang lebih luas, Vivo Y81i adalah pilihan yang tepat untuk anda. Ia mempunyai saiz paparan sehingga 15.5% lebih baik berbanding telefon pintar yang biasa. Dilengkapi dengan kamera 13MP untuk kamera utama juga beroperasi dengan teknologi AI Face Beauty yang boleh mengesan jantina, umur, tona kulit serta cahaya di sekeliling anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati Facebook, Instagram, Twitter, Youtube atau terus ke www.vivo.com/my

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Comments

0 comments

Inovasi Dari Vivo Hasilkan Kamera Selfie Menyorok Seperti Kepala Kura-Kura

Vivo Anjur Kejohanan PUBG Mobile Yang Pertama Di Malaysia, RM60,000 Untuk Dimenangi Sambil Makan Chicken Dinner