in , , ,

Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan Yang Ke-62

Beberapa hari yang lalu kita telah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Kemeriahan bulan Merdeka ini masih diteruskan dengan pelbagai acara. Antaranya Merdeka Fun Fiesta yang akan berlangsung di Galeri Jualan KITA @ LBS Cybersouth pada 14 dan 15 September 2019 dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Berbagai-bagai aktiviti menarik akan diadakan di Merdeka Fun Fiesta nanti. Yang pertama korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan akustik yang mantap daripada @dinzuwanniezainaldin dan @kynaamanshah27.

Seterusnya ada 10 Games yang akan menguji kemahiran korang. Games yang mudah tapi menghiburkan untuk korang main bersama keluarga dan rakan-rakan. 10 Games ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 5 Giant Games dan 5 Mini Games. Antara Games tersebut ialah Giant Jenga, Ular & Tangga, Carrom, Teng-Teng dan banyak lagi.

Selain itu korang juga berpeluang merasai pengalaman mencanting batik sendiri kerana di sana akan diadakan bengkel membuat batik. Bila korang dah penat bermain nanti mesti tekak terasa haus dan perut terasa lapar. Haa korang jangan risau sebab Food Trucks yang menjual berbagai-bagai jenis makanan akan berada di sana dan paling best makanan percuma juga ada disediakan.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh join dua contest yang menawarkan barangan elektrik sebagai hadiah utama. Contest ni senang jer, yang pertama korang mesti Komen ‘I Love LBS Merdeka Fun Fiesta’ dan wajib tag 3 rakan korang dekat gambar yang di post oleh Facebook LBS Bina Group. Lepas dah komen tu, korang kena pergi event Merdeka Fun Fiesta dan daftar diri korang untuk cabutan bertuah. Mudah jer kan? Cepat daftar dekat link ni! http://bit.ly/2lCEHJa

Untuk contest kedua, korang kena post gambar selfie paling kreatif di Facebook atau Instagram semasa dekat Merdeka Fun Fiesta nanti dan wajib check in lokasi “Cybersouth Kita” untuk buktikan yang korang betul-betul dah sampai sana. Dekat event Merdeka Fun Fiesta nanti korang pergi dekat staf LBS tunjukkan gambar selfie tadi dan daftar untuk cabutan bertuah. Pemenang akan menerima hadiah yang sama iaitu hadiah utamanya barangan elektrik. Menarik kan? Ha! kalau menarik jangan lupa datang okay. Jumpa korang dekat sana nanti. Info lanjut, korang boleh layari Facebook rasmi ‘LBS Bina Group’ atau laman web www.lbs.com.my. Selain tu, korang boleh dapatkan maklumat selanjut di event page www.facebook.com/events/440275916578442.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Comments

0 comments

Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei Dan Korea Selatan Berentap Dalam Big Stage Musim Kedua Tajaan Vivo

Vivo NEX 3 Dan Vivo NEX 3 5G Berkonsepkan Waterfall Bakal Dilancarkan