in ,

Diskaun RM700 Sempena Festival 12.12, Vivo Buat Gila Lagi Woi

Selepas festival 11.11, kini tiba giliran festival 12.12 pula menemui kaki-kaki membeli belah atas talian. Dua festival ini 11.11 dan 12.12 memang dari dulu lagi adalah hari yang di nantikan bagi mereka yang mahukan tawaran dan diskaun hebat dari penjual di atas talian.

Vivo juga tidak ketinggalan dalam memberikan diskaun yang melampau sempena festival 12.12 ini. Ada tiga jenis telefon yang terpilih untuk mendapat diskaun dari Vivo iaitu Vivo X21, Vivo Y85 dan Vivo Y71i.

Vivo X21 ditawarkan pada harga hanya RM1599 sahaja, di mana harga sebelumnya ialah RM2299. Diskaun yang melampau hebat diberikan oleh Vivo iaitu sebanyak RM700. Wow! siapa nak bagi RM700? Telefon ini terdapat bermacam-macam teknologi yang terkini seperti teknologi imbasan cap jari pada skrin atau In-Display Fingerprint Scanning Technology.

Selain itu X21 hadir dengan AI HDR yang memiliki keupayaan untuk menangkap gambar yang cantik walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan atau membelakangi cahaya. Ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera 12MP + 5MP serta kamera selfie 12MP memang sangat sesuai dengan korang yang suka bergambar dan kaki selfie.

Telefon kedua yang yang mendapat diskaun oleh Vivo iaitu Vivo Y85 tidak kurang hebatnya. Sebuah lagi model yang mempunyai keupayaan kamera yang mantap. Dilengkapi dengan lensa 13MP + 2MP pada kamera utamanya, membantu korang mengambil gambar yang cantik dengan hanya satu klik sahaja. Kalau mereka yang nak hasilkan gambar bokeh seakan kamera DSLR, dengan telefon Y85 ini memang sangat mudah dilakukan.

Harga yang ditawarkan untuk Vivo Y85 sempena festival 12.12 ialah RM699, di mana RM200 lebih murah jika dibandingkan dengan harga asalnya. Tawaran yang ketiga diberikan oleh Vivo ialah untuk telefon Vivo Y71i, harga yang paling murah diberikan sempena festival 12.12 ini iaitu RM499 mendapat RM100 diskaun.

Jadi lengkap lah tiga jenis telefon pintar yang diberikan diskaun hebat oleh Vivo. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga runtuh dari Vivo ini sempena festival 12.12 nanti.

Anda boleh dapatkan semua ini di gedung atas talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall, Vivo e-store, Vivo Store serta rakan-rakan pengedar rasmi Vivo di seluruh negara.

It's vivo Christmas Carnival | 12.12

Win limited edition merchandizes by tell us how many colour of vivo NEX have on the Double 12 Extravaganza on the🎄Holly Jolly Christmas Carnival🎄 !! 🎅🏻*P.S. 3 lucky winners will be selected on 19 Dec 2018 !! #vivoMalaysia #vivoMY #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y85 #X21 #Y71i

Posted by Vivo on Thursday, December 6, 2018

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Harga Runtuh Peranti Vivo Sempena Krismas Bermula RM499

Inovasi Dari Vivo Hasilkan Kamera Selfie Menyorok Seperti Kepala Kura-Kura