in ,

Hadiah Istimewa Percuma Dari Vivo Untuk Mereka Yang Membuat Pra-Tempahan Vivo S1

Baru-baru ini heboh Vivo Malaysia akan melancarkan Vivo S1 di Malaysia pada 24 Julai Ini. Seperti yang kita semua maklum, pra-tempahan sudah mula dibuka bermula 20 Julai yang lalu dan akan berlangsung sehingga 26 Julai. Apa yang menariknya, Vivo akan menawarkan hadiah eksklusif secara percuma buat mereka yang menempah awal ini.

Untuk maklumat, pra-tempahan ini boleh dibuat dengan hanya membayar deposit sejumlah RM50 sahaja dan yang paling best, mereka akan mendapat rebat segera bernilai RM100 bersama VShare K1-Bluetooth Speaker yang bernilai RM99.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat pra-tempahan, pelbagai paltform online telah disediakan seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan Vivo Store. Kesemua pra-tempahan di platform online ini juga layak menerima hadiah misteri bernilai RM150 dari Vivo.

Mengikut spesifikasi yang diberikan, Vivo S1 hadir dengan kamera selfie AI 32MP, skrin yang bersaiz besar 6.38 inci, pengimbas jari pada paparan, bateri berkapasiti besar 4500mAh dan pengecasan pantas. Selain itu kamera di belakang dilengkapi dengan tri-kamera yang menggabungkan kamera 16MP + 8MP + 5MP. Manakala storan yang diberikan sebesar 128GB dan memori 4GB RAM.

Kami juga dimaklumkan bahawa Vivo S1 akan berada di pasaran tempatan dan mula dijual bermula 27 Julai nanti dengan harga RM1,099.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Vivo Malaysia dan Facebook Vivo Malaysia.

Dance in the rhythm of life. Enjoy your Sunday, make your day full of joy!vivo S1 the market leading In-Display…

Posted by vivo on Saturday, July 20, 2019

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Hanya 13 Minit Untuk Mengecas Dari 0 Hingga 100%. Vivo Perkenalkan Super FlashCharge 120W

Peranti Vivo Kini Lebih Mudah Dibeli Dengan Kolaborasi Bersama Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng