in

Hanya 13 Minit Untuk Mengecas Dari 0 Hingga 100%. Vivo Perkenalkan Super FlashCharge 120W

Vivo sekali lagi memperkenalkan satu inovasi yang sungguh ke depan dengan memperkenalkan teknologi Super FlashCharge 120W yang mampu mengecas dengan pantas. Teknlogi yang menjadi bualan mulut pengguna telefon pintar ketika ini telah diperkenalkan di MWC Shanghai 2019 beberapa hari yang lalu.

Pengecasan pantas ini hanya mengambil masa 5 minit untuk mengecas bateri yang mempunyai kapasiti 4000mAh dari 0 hingga 50%. Manakala untuk mengisi penuh sehingga 100% ia mengambil masa hanya 13 minit. Ini adalah satu masa yang sangat singkat dan menakjubkan.

Vivo Super FlashCharge ini mempunyai kuasa sehingga 120W ultra tinggi, 20V voltan dan 6A arus eletrik. Ia disokong dengan USB Type-C.

Seperti Super FlashCharge yang sebelum ini, versi 120W ini turut diguna pakai pada peranti Vivo iQOO. Cuma Vivo iQOO yang diuji di MWC Shanghai 2019 ini adalah yang telah diubahsuai dengan bateri 4000mAh dwi-sel.

Untuk info lanjut, sila layari Facebook Vivo Malaysia atau layari Vivo Store untuk mendapatkan produk terbaru keluaran Vivo.

vivo Super Flash Charge ,Fully Charged battery in 13 minutes!

#vivo has revolutionized the technology! By announced a Super Flash Charge 120W ,Fully Charged 4000mAh battery in just 13 minutes! That is super fast for a big battery !Stay tuned with vivoVivo Store : bit.ly/BuyVivoOnline#120wsuperflashcharge #13minutes #fullycharged

Posted by vivo on Friday, June 28, 2019

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Vivo Melancarkan Pelbagai Peranti Dengan Teknologi 5G Di Mobile World Congress Shanghai 2019

Hadiah Istimewa Percuma Dari Vivo Untuk Mereka Yang Membuat Pra-Tempahan Vivo S1