in ,

Harga Runtuh Peranti Vivo Sempena Krismas Bermula RM499

Jenama telefon pintar yang kian menjadi kegemaran rakyat Malaysia kini tampil membuat tawaran hilang akal untuk dua jenis perantinya sempena kehadiran Karnival Krismas Vivo yang bermula sejak 23 November yang lalu.

Tawaran pertama Vivo V11i yang lebih dikenali sebagai peneraju masa hadapan tetapi dengan harga mampu milik kini hanya RM1,099 sahaja. Jika kita lihat sebelum ini harga asalnya ialah RM1,299. Jadi dengan tawaran hebat ini kita dah boleh jimat sebanyak RM200. Mesti susah korang nak percaya kan? Tapi inilah realiti yang dibawa oleh Vivo untuk menghargai semua pelangganya yang sentiasa menyokong mereka selama ini.

Selain Vivo V11i, Vivo menawarkan telefon pintar Paparan Fullview Y81i dengan harga boleh buat orang pengsan iaitu Rm499! Memang gila tawaran dari Vivo ni.

Seperti yang kita semua sedia maklum, V11i adalah telefon pintar yang mempunyai skrin IPS FHD+ 6.3 inci dijana dengan cip Helio P60, RAM 4GB, storan 128GB, sensor pengimbas cap jari dibelakang, dwi lensa belakang 16MP dan 5MP, kamera selfie 25MP dan bateri sebesar 3315 mAh dengan dilengkapi sokongan pengecasan pantas dengan adanya Engine Fast Charging.

Untuk pengetahuan korang, Vivo V11i ni adalah telofon pintar yang terkenal dengan kebolehan menghasilkan kualiti gambar selfie yang mantap. Antara peranti selfie yang terbaik ada di pasaran kini. Mana tidaknya kalau dah dia letak 25 megapixel untuk selfie sahaja, dah tentulah akan menghasilkan gambar selfie yang cantik.

Bagi yang gemar layan movie atau drama di telefon pintar lebih-lebih lagi kaki drama Korea tu, Vivo Y81i adalah pilihan yang terbaik buat korang. Dengan ciri-ciri skrin yang bapak besar membuatkan korang pasti puas hati melihat aksi-aksi dalam video yang korang tonton tu.

Holly Jolly with vivo | Christmas Carnival

Tell us how many colours choice of V11i & Y81i haves, stand a chance to win limited edition merchandizes !! Enjoy 🎄Holly Jolly Christmas Carnival🎄 with the awesome deal of vivo V11i and Y81i now !! 🎅🏻*P.S. 3 lucky winners will be selected on 15 Dec 2018 !!#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #V11i #HaloFullViewDisplay #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y81i

Posted by Vivo on Tuesday, December 4, 2018

Dimuatkan dengan memori 2GB RAM, storan 16GB juga lensa 5 megapixel bersama kamera belakang 16 megapixel menjadikan telefon Vivo Y81i ini sempurna dengan harga runtuh yang ditawarkan.

Mesti ramai yang tak sabar nak sambar salah satu dari tawaran ni kan? Semua ini korang boleh dapatkan di semua rangkaian rasmi Vivo Concept Stores atau pengedar sah dan rakan kerjasama Vivo.

Kalau yang malas pergi ke kedai tu jangan risau, korang boleh beli online jer di platform membeli-belah atas talian seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Lmall dan Vivo E-Store.

Untuk info lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Selalu Dikecam, Haqiem Rusli Akan Muncul Dalam Bintang Minggu Ini Bersama Vivo

Diskaun RM700 Sempena Festival 12.12, Vivo Buat Gila Lagi Woi