in ,

Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei Dan Korea Selatan Berentap Dalam Big Stage Musim Kedua Tajaan Vivo

Program Big Stage kini kembali lagi dan telah membuka tirai pada hari Ahad yang lepas. Program realiti hiburan yang masuk musim kedua itu telah berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Musim baru ini dilihat sedikit berbeza di mana 12 bintang yang bertanding terdiri daripada pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Korea Selatan. Kesemua peserta telah menyampaikan lagu tema dan dihangatkan lagi dengan lagu-lagu yang menjadikan mereka viral di media sosial.

Untuk info, Big Stage merupakan program realiti hiburan tanah air yang merupakan platform atau jambatan untuk anak seni yang baru meningkat naik untuk bersinar dan menunjukkan bakat mereka yang terpendam dalam industri muzik. Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan memainkan peranan sebagai juri tetap manakala Mark Adam sebagai juri jemputan pada episod pertama.

Lagu-lagu yang telah disampaikan pada konsert pembukaan termasuklah “Amalina”, “Tak Sanggup Lagi”, “Sakit”, “Dinda”, “Shooting Star”, “Perasaanku”, “Bukan Yang Terbaik”, ” dan “Pretty Boy”. Untuk minggu pertama, kesemua peserta selamat dari penyingkiran dan akan beraksi lagi untuk minggu kedua Ahad ini. Big Stage Musim kedua bersiaran langsung setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Lebih menarik, Vivo Malaysia masih kekal sebagai penaja utama program realiti ini. Pemenang Big Stage 2019 kali ini akan menerima hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi. Di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM50,000 dan RM25,000 diikuti RM10,000 dan RM5,000 bagi tempat keempat dan kelima.

Sebagai penaja utama, Vivo telah mempersembahkan model terbaru mereka Vivo S1 merupakan peranti mampu milik yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang terkini. Dijual pada harga RM1099, ia dilihat mampu menarik golongan muda mudi untuk mendapatkannya lebih-lebih lagi dengan rekabentuknya yang ‘Stylish’ dan mengikut trend terkini.

Vivo S1 hadir dengan kamera selfie AI 32MP, skrin yang bersaiz besar 6.38 Full HD bersama Super Amoled Ultra pada semua skrin, pengimbas jari pada paparan, bateri berkapasiti besar 4500mAh dan pengecasan pantas. Selain itu kamera di belakang dilengkapi dengan tri-kamera yang menggabungkan kamera 16MP + 8MP + 5MP. Manakala storan yang diberikan sebesar 128GB dan memori 4GB RAM.

Untuk info lanjut boleh layari
Vivo Store : bit.ly/BuyVivoOnline
Vivo Concept Store : bit.ly/WhereToBuyVivo
Lazada : http://bit.ly/2FiMlzz
Shopee : bit.ly/vivoshopeepost

Written by sstv

What do you think?

-1 Points
Upvote Downvote

Leave a Reply

Loading…

0

Peranti Vivo Kini Lebih Mudah Dibeli Dengan Kolaborasi Bersama Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng

Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan Yang Ke-62