in

Raya Korang Lebih Meriah Bersama Keluarga dan Vivo V15 & V15pro

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita dan bahang Aidilfitri kian terasa. Bila Hari Raya, tidak sah apabila berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, kita tidak mengambil gambar kenangan bersama. Tidak kurang juga penggemar selfie akan menunjukkan bakat mereka dalam mengambil gambar yang cantik.

Jika dulu, orang menggunakan kamera filem analog kemudian kamera digital untuk mengambil gambar, kini semua itu semakin dilupakan kerana ketangkasan teknologi yang kian berkembang membuatkan kamera boleh digunakan terus dari sebuah telefon pintar.

Dengan teknologi terkini ini, hanya sekali klik, gambar sudah dapat dihasilkan dan disimpan di dalam storan telefon. Berbanding dulu kita kena hantar ke kedai untuk cuci filem. Kemudian dicetak pula di atas kertas. Semua ini memakan masa berhari-hari. Apabila gambar terlampau banyak ia susah untuk diuruskan dan gambar kenangan dulu-dulu mungkin akan rosak dan hilang.

Vivo tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi kamera ini terutamanya pada bahagian kamera selfie nya yang cukup terkenal. Dengan keluaran terbaru Vivo V15 dan V15pro, sudah pastinya kenangan Hari Raya korang tahun ini akan diabadikan dengan sempurna di dalam sebuah telefon.

Vivo V15 adalah peranti kelas pertengahan yang hebat kelihatan premium. Tidak perlu berbelanja mahal sehingga Rm2,000 ke atas untuk mendapatkan telefon pintar yang canggih kerana dengan Vivo V15 korang boleh dapat harga yang lebih murah tetapi premium.

Secara keseluruhannya Vivo V15 dan V15pro mempunyai ciri-ciri yang sama. Cuma ia berbeza pada beberapa spesifikasinya seperti kamera utamanya di mana V15 menggunakan lensa 24-Megapixel manakala V15pro menggunakan 48-Megapixel. Kedua-dua model ini menggunakan Kamera Triple AI dengan tambahan dua lagi kamera 8MP untuk Ultrawide dan 5MP untuk depth sensor.

Di bahagian memori V15pro menawarkan dua pilihan iaitu 6GB dan 8GB RAM. Bahagian storan pula V15 dan V15pro masing-masing mempunyai kapasiti 128GB ROM.

Jika dilihat pada bahagian bateri, masing2 menggunakan kapasiti yang berbeza iaitu 4,000mAh untuk V15 dan 3,700mAh untuk V15pro dilengkapi dengan kebolehan pengecasan pantas Dual-Engine.

Apa yang paling menarik pada kedua-dua telefon ini sudah semestinya pada kamera hadapan atau selfie nya di mana ia mampu menghasilkan gambar selfie yang berkualiti tinggi kerana menggunakan sehingga 32-Megapixel dan kamera periskop yang sangat unik. Selain itu warna telefon yang ditawarkan adalah sangat menawan hati pada sesiapa yang melihatnya, Topaz Blue dan Glamour Red.

Dengan semua kelengkapan yang ada pada dua model Vivo ini V15 dan V15pro, sudah semestinya setiap momen di Hari Raya korang akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dimuatkan dalam sebuah telefon pintar.

Untuk info lanjut boleh singgah ke laman Vivo Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Vivo V15 Kini Hadir Dengan Warna Kegilaan Wanita ‘Blossom Pink’, Edisi Terhad

Vivo Malaysia Nak Bagi Hadiah Percutian 6 Hari 5 Malam Kepada Pelanggan Bertuah Sempena Aidilfitri