in ,

Vivo NEX 3 Dan Vivo NEX 3 5G Berkonsepkan Waterfall Bakal Dilancarkan

Akhir-akhir ini syarikat Vivo dilihat sangat rancak dalam mencipta pembaharuan dalam teknologi telefon pintar pada masa kini. Terbaru ia dapat dilihat dalam video nyah-kotak dan pandang pertama di Youtube untuk keluaran terbaru mereka Vivo NEX 3.

Apa yang dapat kami lihat dalam video tersebut Vivo menampilkan sebuah telefon pintar yang sangat unik dan berteknologi tinggi menjadikan Vivo Nex 3 berada pada tahap tertinggi dikalangan pencabarnya yang lain.

Vivo Nex 3 menampilkan skrin melengkung di tepi seperti air terjun. Lengkungnya sangat unik, tidak seperti peranti-peranti yang lain. Jika kita lihat dari sudut tepi, kita masih nampak paparan pada skrin.

Selain Vivo Nex 3, dikhabarkan Vivo Nex 3 5G juga bakal dikeluarkan. Secara ringkasnya kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama, cuma berbeza pada rangkaian 5G.

Untuk paparan skrin keduanya bersaiz 6.89 inci dengan resolusi skrin 2256 x 1080 piksel dan di jangka menawarkan nisbah skrin ke badan yang hampir penuh iaitu 99.6%. Peranti ini direka tanpa bezel dan sangat nipis.

Seterusnya Vivo Nex 3 dan Nex 3 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada paparan untuk meningkatkan keselamatan pada peranti. Seperti kita semua sedia maklum, Vivo adalah antara peneraju terawal yang menggunakan sistem pengimbas cap jari pada paparan telefon pintar ini. Selain itu sistem sekuriti menggunakan imbasan wajah juga ada disediakan.

Di bahagian kamera pula, Vivo mengambil inspirasi dari rekabentuk jam tangan mekanikal iaitu berbetuk bulat untuk kamera utama. Ia mempunyai tiga kamera utama dan salah satunya menyokong sensor 64MP. Manakala kamera hadapan atau selfie, ia di datangkan dengan 13MP. Apa yang menariknya, kamera hadapan ini akan ‘pop-up’ secara automatik sekiranya anda menukarkan mode ke kamera hadapan. Ini juga merupakan teknologi yang terawal dibawakan oleh Vivo.

Selain dari rekabentuk yang canggih, Vivo NEX 3 ini mempunyai pemprosesan yang sangat pantas di mana ia dikuasakan oleh Snapdragon 855+. Cuma pada Nex 3 5G ada tambahan cip Snapdragon X50 bagi tujuan sambungan rangkaian 5G ke peranti. Untuk memori ia hadir dengan RAM yang besar iaitu sehingga 12GB dan pilihan storan sehingga 512GB.

Dengan semua spesfikasi ini, tidak ada masalah untuk peranti ini menjalankan sebarang aplikasi yang mempunyai grafik yang tinggi dengan sangat lancar.

Vivo NEX 3 dilengkapi dengan interface Funtouch OS yang berasaskan Android 9 Pie. Apa yang mengejutkan Vivo bakal menggunakan teknologi terbaru mereka iaitu Super FlashCharge 120W di mana ia mampu mengecas 100% sesebuah peranti hanya 13 minit sahaja. Kapasiti bateri yang diberikan juga agak besar iaitu 4500 mAh.

Selain itu juga, Vivo NEX 3 hadir tanpa butang Volume dan Power. Ia digantikan dengan Grippy Plastic yang hanya perlu disentuh pada sisi peranti berkenaan. Lebih menarik, vivo masih mengekalkan lubang audio kegemaran ramai, bicu audio 3.5mm.

Kami mendapat maklumat Vivo Nex 3 dan Nex 3 5G akan dilancarkan pada 16 September ini. Adakah yang akan keluar nanti sama spesfikasinya dengan ramalan seperti di atas? Sama-sama kita nantikan. Untuk info lanjut boleh layari Facebook Vivo Malaysia.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Aktiviti Menarik Sempena Bulan Kemerdekaan Yang Ke-62

Vivo NEX 3 Dilancarkan, Skrin Nirbingkai Penuh Dan Dwi-Lengkung Ala-ala Waterfall Sangat Menakjubkan