in

Gambar Selfie Jadi Lebih Gempak Dengan Vivo V11, V11i

Boleh dikatakan lapan dari sepuluh kawan korang adalah kaki selfi. Mana taknya kalau tengok dekat media sosial bersepah gambar selfie yang di upload oleh kawan-kawan korang sendiri. Zaman sekarang memang inilah yang berlaku, tak kira tempat dan masa asalkan pemandangan nampak cantik jer mesti sibuk nak keluarkan phone untuk berselfie. Tak payah tengok jauh-jauh pun, korang pun mesti suka selfie kan?

Tidak boleh dinafikan zaman sekarang ni memang zaman selfie dan ia satu fenomena. Setiap telefon pintar yang dijual sekarang mesti dilengkapi dengan kamera yang berkualiti dan ada di kalangan kita memang beli telefon pintar hanya mahu mendapatkan kamera yang berkualiti untuk mendapatkan gambar yang cantik. Mereka ini sanggup melabur wang yang banyak untuk mendapatkan gajet yang terbaik.

Tahukah korang yang ada cara untuk membuat trend selfie menjadi lebih awesome? Membuatkan korang layak digelar sebagai Master dalam trend selfie seperti ini. Nak tahu? Caranya sangatlah mudah dan korang tidak perlu keluar duit yang banyak untuk membeli alat solek bagi mendapatkan muka yang cantik atau melancong ke luar negara untuk memperolehi latar belakang selfie yang indah.

Korang hanya perlu buat sedikit trik yang kreatif dan yang paling penting mempunyai sebuah telefon pintar Vivo V11 atau V11i. Untuk pengetahuan korang Vivo berbesar hati untuk berkongsi beberapa trik selfie yang sangat wow awesome penuh dengan magik membuatkan gambar korang dicemburui oleh kawan-kawan.

Ok jom kita mulakan dengan trik yang pertama.

Trik 1

Bila korang tengok gambar macam ini mesti korang fikir susah nak hasilkan gambar serupa macam ini dan memerlukan skill edit gambar yang padu tahap dewa bagi menghasilkan efek seperti dalam gambar di atas.

Sebernarnya trik dan efek dalam gambar ini sangat senang dan peralatan yang korang kena ada pun sangat mudah diperolehi. Apa yang korang kena sediakan hanyalah Kaca Penutup Bingkai Gambar, Tangkai Daun dan Ais serta yang paling penting Telefon pintar Vivo V11 atau V11i untuk mengambil gambar.

Kalau korang tak percaya trik ini boleh menghasilakn gambar yang cantik, korang boleh tengok hasil dari tiga benda yang digunakan di atas ke atas gambar Baby Shima ini. Memang sangat sempurna, cantik dan mengagumkan. Yang paling penting mula-mula kena dapatkan sebuah ruang yang sempurna bagi membolehkan korang mengambil gambar dengan cantik.

Langkah pertama, setup Kaca Penutup Bingkai Gambar dan pastikan ketika korang setup tu sediakan sedikit ruang pada bahagian bawah sebab nanti adalah ruang untuk korang baring di bawah Penutup Bingkai Gambar tu.

Kemudian dapatkan Ais dan letakkan di bahagian atas Penutup Bingkai Gambar. Susunlah mengikut kreativiti mengikut citarasa korang. Biarkan ais tu cair sedikit tanpa perlu digantikan dengan yang baru untuk mendapatkan efek yang lebih cantik pada gambar. Jangan lupa sediakan sedikit ruang kosong ditengah-tengah kaca tersebut.

Seterusnya ambillah gambar dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i dan pastikan sebelum itu korang membuka lampu LED atau lampu flash pada kamera belakang. Gelapkan ruang bilik dan berbaring di bawah Kaca Penutup Bingkai Gambar. Kalau nak lagi awesome korang boleh tambah tangkai daun dengan ais tadi dan hasilnya memang sangat cun melecun macam gambar di bawah.

Kalau nak lebih faham korang boleh tonton video di bawah.

vivo V11 | V11i x Baby Shima

Learn useful photography techniques with vivo and Baby Shima !!Stand a chance to win vivo exclusive merchandise, share us your most creative photo at comment session below.3 winner will be announce at Oct 17. Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Monday, October 8, 2018

Trik 2

Trik yang kedua ini korang boleh hasilkan gambar dengan efek pelangi. Vivo ada cara yang cukup mudah untuk menghasilkan efek ini. Cuba korang lihat gambar dekat bawah ni. Ada tona radiant dalam gambar tu siap boleh dapat dua warna lagi dekat tepi model tu. Cantik kan?

Untuk hasilkan trik ini sama je macam trik pertama tadi. Mula-mula korang kena dapatkan ruang untuk bergambar di dinding yang sesuai. Kemudian korang perlu ada Laser Beam pelbagai warna. Dengan Laser Beam pelbagai warna ni, maka bolehlah korang buat eksperimen untuk menghasilkan warna-warna yang menarik termasuklah warna pelangi.

Cara berbeza sedikit tapi masih menggunakan peralatan yang sama untuk mendapatkan kesan pelangi ini. Korang kena dapatkan sekeping cermin yang lut sinar untuk disuluh menggunakan Laser Beam.

Mintalah bantuan rakan dan korang cuma perlu bersandar pada dinding bilik sahaja. Kemudian lakukanlah sedikit eksperimen bagi mendapatkan efek pelangi ini. Pusing ke kiri atau ke kanan cermin tadi dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i, sudah semestinya korang akan rasa kagum melihat hasil gambar yang diperolehi.

Rujuk video di bawah untuk lebih faham.

Selfie series (2) : vivo V11 | V11i

Learn useful photography techniques with vivo Malaysia and Kah Mun !! Stand a chance to win exclusive merchandizes by Like & Share this video !!P.S. 3 lucky winners will be seleted and announced at Oct 18th. Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Tuesday, October 9, 2018

Trik 3

Trik yang terakhir ini adalah cara untuk mendapatkan gambar dengan efek Water Spray seperti gambar model di bawah.

Nampak cantik kan? Sebenarnya korang pun boleh buat macam ni dan trik ini adalah yang paling mudah untuk korang belajar dalam masa yang singkat. Peralatan yang diperlukan adalah Water Squitter dan Pembalut Makanan Lut Sinar.

Seterusnya dapatkan sudut yang menarik dan minta bantuan kawan korang cuma rentangkan Pembalut Lut Sinar di depan wajah korang, pastikan jarak pembalut dengan wajah sekurang-kurangnya 12 inci. Kemudian sembur dengan menggunakan Water Squitter pada permukaan Pembalut Makanan Lut Sinar sampai terhasil efek Water Spray.

Korang boleh tengok video dekat bawah untuk lagi mudah faham.

Selfie series (3) : vivo V11 | V11i

Learn useful photography techniques with vivo Malaysia and Evonne !! Stand a chance to win exclusive merchandizes by Like & Share this video !!P.S. 3 lucky winners will be seleted and announced at Oct 19th.Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Tuesday, October 9, 2018

Ok sekarang semua ilmu dah dapat cuma tinggal untuk korang mencubanya sahaja. Dengan bantuan Vivo V11 dan V11i korang akan menghasilkan gambar yang gempak dengan penuh yakin.

Kenapa semua trik di atas ini kami cadangkan korang guna Vivo V11 atau Vivo V11i? Kerana Vivo V11 dan V11i ini merupakan dua model telefon pintar terbaru khas untuk anda pengemar selfie dan fotografi yang berupaya menghasilkan gambar-gambar yang cantik seperti di atas.

Dua model terbaru ini mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) yang terbina di dalamnya. V11 hadir dengan teknologi pengimbas cap jari binaan pada skrin yang mana membolehkan korang membuka kunci telefon dengan hanya meletakkan jari pada permukaan skrin sahaja.

Usah risau dengan penampilan luaran telefon pintar ini kerana ia mempunyai dua warna yang menawan iaitu Starry Night dan Nebula pasti menepati citarasa korang.

Vivo V11 dan Vivo V11i dilengkapi dengan Halo FullView Display manakala V11 dibina dengan paparan Skrin Super AMOLED. Satu paparan yang membuatkan skrin telefon ini kelihatan lebih cerah dan mudah digunakan dalam semua keadaan cuaca.

Untuk bahagian pemprosesannya pula, Vivo V11 hadir dengan Snapdragon 660 AIE 6GB RAM yang sudah semestinya mampu memberikan kelancaran untuk tugas-tugas seharian anda manakala Vivo V11i hadir dengan 4GB RAM dan pemprosesan MediaTek P60 yang menjanjikan penggunaan harian yang sangat memuaskan.

Storan sebesar 128GB disediakan bagi kedua-dua model ini membuatkan anda yang kaki selfie dan fotografi tidak perlu risau lagi dengan storan penuh. Boleh ambil gambar sepuas-puasnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk terbaru Vivo ini, korang boleh ke web rasmi Vivo Malaysia atau Vivo Store.

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Written by sstv

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Leave a Reply

Loading…

0

Comments

0 comments

Hebat Betul. Binatang Apa Ni?

Edisi Terhad Vivo V11i Fairy Pink, Siapa Cepat Dia Dapat