in

Gambar Sentiasa Cantik Walaupun Waktu Malam Dengan Vivo V11

Perkembangan teknologi telefon pintar begitu pesat lebih-lebih lagi dalam seni fotografi. Dengan kewujudan teknologi pintar Ai gambar yang cantik dan berkualiti sangat mudah dihasilkan walaupun orang yang mengambil gambar tersebut bukan di kalangan mereka yang profesional.

Selain dari dapat mengenal pasti tetapan yang sesuai dalam sesuatu senario, teknologi AI sebenarnya mampu membolehkan seseorang jurugambar untuk mengacu lensa pada bila-bila masa sahaja walaupun masih diperingkat amatur bagi mendapatkan gambar ketika momen yang penting dan cukup tepat.

Kini pengguna tidak lagi memerlukan peralatan kamera yang canggih dan profesional untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi kerana wujudnya fasa peralihan kuantum dalam sains kamera ini.

Dengan wujudnya fasa peralihan kuantum ini, Vivo sendiri dengan pantas menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna maka terhasilnya ciptaan baru dari mereka iaitu Vivo v11.

Seperti yang telah kami ceritakan sebelum ini, Vivo V11 ini adalah di kategorikan sebagai telefon kelas pertengahan tetapi ia masih mampu menggabungkan teknologi AI dalam fungsi kameranya yang mampu menyelesaikan detik-detik yang sukar bagi jurugambar seperti pencahayaan yang buruk, pendedahan yang kurang baik atau fokus yang tidak tepat kepada sesuatu hasil gambar yang menarik. Semua ini dapat diselesaikan hanya dengan satu klik sahaja.

Mengubah Pencahayaan Pada Gambar Menjadi Sangat Mudah

Selalunya mengambil gambar potret berlatar-belakangkan cahaya sangat sukar dan menghasilkan gambar yang mengerikan sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Walaupun mereka adalah jurugambar profesional, senario ini juga dilihat agak mencabar.

Bayangkan ketika seseorang itu berjlan dipesisir pantai ketika matahari sedang terbenam dan beliau ingin merakamkan momen tersebut menerusi paparan belakang matahari yang sedang terbenam, tetapi secara realitinya beliau tidak mampu mendapatkan gambaran wajah yang jelas kerana pencahayaan yang kurang baik. Situasi begini sebenarnya sangat mudah diselesaikan dengan menggunakan telefon pintar berfungsikan AI seperti Vivo V11.

Dengan kehadiran ‘AI Backlight HDR’ dan ‘AI Low Light Mode’ di dalam fungsi kamera Vivo V11, menjadikan telefon pintar menyesuaikan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan dan subjek pada gambar. Algoritma AI yang ada pada telefon pintar Vivo V11 ini pendek kata adalah pemangkin utama yang memperkasa ciri-ciri ini.

Dengan tetapan ‘AI Backlight HDR’, Vivo V11 mampu menangkap 6 frame gambar yang berbeza, membetulkan pendedahan yang tidak sekata dan kemudiannya ia digabungkan supaya menjadi satu gambar yang sempurna.

Manakala ‘AI Low Light Mode’ pula dapat menggabungkan beberapa frame gambar yang berbeza dengan bijak. Frame yang digabungkan akan mempunyai lebih banyak perincian gambar membuatkan noise pada gambar ketika cahaya yang rendah dapat dikurangkan sekaligus gambar menjadi lebih jelas dan cantik.

Tidak Lagi Perlu Tetapan Fotografi Yang Rumit

Anda yang baru menceburi bidang fotografi tidak perlu runsing untuk belajar kaedah dan peralatan fotografi yang rumit di mana ia memakan masa berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Dengan adanya teknologi AI di dalam telefon pintar Vivo V11, semuanya menjadi begitu mudah untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengacu lensa dan seterusnya kamera dengan cepat akan mengenalpasti senario yang bersesuaian kemudian memilih tetapan yang diperlukan seperti ‘Night’, ‘Food’, ‘Potrait’ dan banyak lagi.

V11 juga dilengkapi dengan ‘AI Potrait Framing’ membolehkan anda dibantu untuk mendapatkan kedudukan terbaik pemandangan sesuatu gambar yang mana ia akan memberi arahan kepada anda untuk mengubah telefon sekiranya gambar yang diambil berada dalam keadaan senget atau tidak seimbang.

Kini jelaslah bahawa proses mengambil gambar yang berkualiti sangat mudah dengan Vivo V11 dengan bantuan ciri-ciri premiuam AI. Walaupun hanya menggunakan peranti sebesar tapak tangan anda tetapi kebolehan kamera utamanya dengan 12MP (24 juta foto sensitif) dan kamera keduanya sebesar 5MP akan membuatkan gambar yang dihasilkan begitu jelas dan jitu. Ditambah pula dengan kamera hadapan resolusi tinggi bersaiz 25MP menjadikan setiap gambar selfie yang dihasilkan lebih memukau.

Untuk mendapatkan info lanjut boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web rasmi Vivo Malaysia.

Kredit foto : Victor Ng

We Got The Night | vivo

Learn some useful mobile photography's technique to discover the beautiful Cities night with Gradient Lok and vivo Malaysia.Share this video & tell us why you wish to participate in this event, 5 lucky Vfans stand a chance to participate in next [ We Got The Night – Christmas Theme ] session !!#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #V11i #AICamera #PerfectShot #MobilePhotography

Posted by Vivo on Wednesday, November 28, 2018

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Kamera Vivo V11, V11i Lebih Power Dengan Ciri Pintar AI

Selalu Dikecam, Haqiem Rusli Akan Muncul Dalam Bintang Minggu Ini Bersama Vivo